Cloud

Mayor





Assalamualaikum!
I want to be a good doctor to my patient, a solehah daughter to my parents, and the most important is I want to be a loyal kaliph to Allah s.w.t
Stay calm, stay cool.
Allah will always be with you. ^.^

Travel This Site



Shout Out Loud



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed

Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® D r . C u h a Z a i n i


analogi botol..


Tuesday, September 6 1:08 PM 0 Atashinci(s)

assalamualaikum..tengah buat apa tu? mesti korang nak tahu kan, kenapa tajuk entri ni macam ni? (pelik ke ayat aku?) okey, sebenarnya tajuk entri ni diambil dari buku yang dihadiahkan oleh seorang teman kepada aida.. terima kasih kepada ekau yang bagi buku ni.. aku tak sebut nama ekau sebab takut ekau famous dari aku.. haha! (evil laugh) tapi, aku baik kan.. so, aku letak fB ekau kat SINI.. dah banyak aida melalut...so, lets start the analogy!! ^^

"ANALOGI BOTOL" ting!!! (macam doraemon laa pulak)


Apabila anda mengisi sebuah botol dengan sos tomato, maka apabila anda picit botol tersebut, isi yang keluar adalah sos tomato juga, benar?
Begitu juga dengan madu, cuka dan mayonis, bukan?
Pernahkah anda mengisi botol dengan jus oren lalu apa yang keluar adalah teh tarik? (eh,peliknya) pastinya tidak la kan...



Manusia tidak ubah seperti botol. Setiap kalimah yang diucapkan oleh lidah mereka diumpamakan seperti isi di dalam botol tersebut. Sepanjang hidupnya, botol tersebut (manusia) akan terus diisi sehingga penuh. Apabila sudah tiba masanya, yakni pada saat-saat hembusan nafasnya yang terakhir, botol tersebut akan memuntahkan isinya.
Barangsiapa yang masa hidupnya banyak membasahkan lidah dengan zikrullah dan kalimah tauhid, pasti tidak sukar baginya untuk mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum dia menghadap Tuhannya. Dapatkah anda bayangkan kesudahan hidup bagi mereka yang sepanjang hidupnya banyak mencarut, berkata lucah, berkata keji dan sia-sia, berbual kosong, mengumpat, mencaci dan menghina?

Sama-samalah kita bermuhasabah.. Teguran untuk diri aida sendiri dan juga rakan-rakan...